Monday 6 January 2014

Tahukah anda kenapa Toyota Land Cruiser Digelar NINJA KING di Sabah?

Toyota Land Cruiser Aka NINJA KING

    Dulu masa kecil-kecil selalu terdengar yang kononnya kereta yang paling kuat di dunia ialah 'Ninja King'. Terutama masa arwah abang masih ada...Hmm.. Bila umur dah meningkat sikit2 nih, dah mula la minat membuat kajian tentang kereta terlaju, terkuat, terbesar, terkecil, terkesima dan sebagainya. .hehe. 

Bila minat sudah berputik, mulalah mencari2 di internet, di buku-buku, bila bawa kereta dan ber-tembung dengan kereta besar mulalah terpandang-pandang apa jenis kereta yang baru berlalu sebentar tadi. Sehinggalah suatu masa, aku pun mula bertanya dengan Abah. "abah. tu ninja king tu bah. mahal ka itu?". .tidak lama kemudian tiba2 abah ketawa. Abah mula mengimbas sesuatu di masa lalu. aku bertanya lagi. "Abah, kenapa tiada tulis Ninja King tu di mana2 bahagian kereta ninja king?" . tambah abah ketawa. rasa ingin tahu sangat bertambah2 di dalam hati. hehe..



Apakah ciri2 kereta ini yang menjadikannya
seekor ninja. hahaha..
Antara Ninja king terbaru

    Abah pun cerita kisah dia dengan kawannya suatu ketika dahulu masa muda2 masa zaman 80an. ceritanya begini dulu abah seorang driver bas. boleh dikatakan abah akan turun naik ke pekan Keningau pada tiap-tiap hari. Suatu hari. seorang penumpang bas yang merupakan rakan baik kepada abah sedang dalam perjalanan ke pekan Keningau. Dalam perjalanan, sebuah kereta besar memotong bas abah. Dan kereta itulah Toyota Land Cruiser yang paling baru pada ketika itu. oleh kerana bentuk kereta tersebut hampir sama dengan bentuk kartun yang femes pada ketika itu iaitu ninja turtle., Abah yang tidak tahu akan nama kereta tersebut pun berpura-pura tahu lalu berkata pada kawan disebelahnya. "huiyo.. cantik ni kereta "Ninja Turtles" baru kan. Oleh kerana kawan abah pada ketika itu tahu bahawa nama kereta tersebut bukan Ninja turtles., lalu dia ketawa dengan kuat. (kira terbahak2 la ba tu kan). dia ketawa sepanjang perjalanan hinggalah sampai ke pekan Keningau.


Haha. Rasanya tak sama pun


Turtle??










    Bila dorang sampai ke pekan keningau, direct ke kedai jual kereta pada masa itu. lalu kawan pada abah pun tanya pada tauke cina di kedai tersebut. "Tauke! ada ka lagi jual itu kereta ninja turtle". Tauke itu pun bingung sekejap lalu kata" mana ada kereta ninja turtle oh" .."ala yang macam ninja turtle tu ba" land cruiser baru tu. . Bila tu tauke cina lagi dengar, dia lagi yang ketawa. .. Dan tidak disangka2, tauke tersebut terus menggunakan nama tersebut pada kereta itu. Abah bilang. zaman 80an memang femes nama ninja turtle untuk kereta land cruiser. Tapi bila Model baru Toyota Land Cruiser keluar. Dikatakan nama ninja turtle tersebut telah diubah menjadi Ninja King. Kalau orang perasan, Nama ninja King ini hanya dapat ditemui di Sabah sahaja. atau tidak tahu samada sudah menjalar ke seluruh negara.

Tapi apa yang menjadi kebanggan aku hingga kini, nama NINJA tersebut dikenali d seluruh negeri Sabah.(sebenarnya tidak pasti sangat) dan nama itu dikeluarkan oleh abah. hehe.. 

Aku tidak juga yakin sangat dengan cerita ini. tapi bagi ku. memang logik dan tidak mustahil. kerana memang sama cerita abah dengan orang lain yang tidak mengetahui akan hal ini. Tapi aku mula percaya bila abah cakap Ninja King ini hanya di guna kan di Sabah sahaja.

Suatu hari tu. Abah berjumpa dengan orang tawau yang datang ke Keningau. lalu abah tanya. "Jauh jalan bos. pakai kereta apa ah?" lalu orang itu jawab. "NINJA KING". abah senyum. nama itu juga ada di Tawau. haha..

Macam Sama juga kan?? :)


8 comments: